Tuesday, January 5, 2010

Perlindungan Takaful Kad Kredit Bank Rakyat

Salah satu kelebihan Kad Kredit Bank Rakyat ialah perlindungan takaful diatas baki hutang kad kredit. Ini bermaksud apabila pemegang kad kredit tersebut meninggal dunia, waris beliau tidak perlu membayar hutang kad kredit tersebut.Dengan erti kata lain, baki hutang kad kredit dilindungi oleh takaful! Kad kredit konvensional tidak ada kemudahan ini. Bayangkan jika pemegang kad kredit konvesional meninggal dunia dengan hutang-hutang kad kredit yang tidak berbayar. Jika jumlah sedikit, mungkin juga boleh dibayar tetapi andainya jumlahnya ribuan ringgit ? Semasa hidup pun tidak terlunas, apatah lagi sudah meninggal dunia? Ini belum termasuk hutang-hutang yang lain seperti hutang court mamonth atau hutang kereta, rumah dan sebagainya. Ramai yang tidak perasan akan kesan keburukan kad kredit konvensional ini kepada waris. Jadi bertukarlah kepada Kad Kredit Bank Rakyat.

1 comment:

  1. Harrah's Cherokee Casino & Hotel - Mapyro
    Find Harrah's Cherokee 안동 출장안마 Casino & Hotel 오산 출장안마 (Cherokee) 창원 출장안마 location, 경주 출장샵 revenue, industry and 광주 출장안마

    ReplyDelete