Friday, January 8, 2010

Hutang Kad Kredit

" -30 October 2009
Caj Kad Kredit RM50 Setiap Satu
Kosmo!, Rabu 28 Oktober 2009 melaporkan pemegang kad kredit secara keseluruhannya berjumlah lebih 11 juta orang. Daripada jumlah itu, 3.7 juta memiliki 2 hingga 19 kad kredit.

Pada masa ini, permohonan untuk mendapatkan kad kredit dilihat sangat mudah dan pihak bank pula seperti berlumba-lumba untuk mempromosikan kad kredit masing-masing. Antara promosi ialah Tiada Caj Tahunan. Ini bermakna pengguna boleh memohon seberapa banyak kad kredit (jika layak) kerana mereka tidak perlu membayar caj tahunan.

Faktor di atas telah dilihat sebagai salah satu sebab kenapa semakin ramai golongan muda telah diistiharkan muflis akibat daripada penggunaan kad kredit yang tidak terkawal.

Perkara ini agak membimbangkan sehingga pihak kerajaan terpaksa mengambil langkah untuk mengenakan caj sebanyak RM50 bagi setiap satu kad dan RM25 bagi kad tambahan. Peraturan baru itu akan dikuatkuasakan pada tahun hadapan.


Sekali imbas, keputusan kerajaan tersebut akan membenankan pengguna, tetapi sebenarnya tindakan tersebut dibuat adalah untuk mengelakan orang ramai daripada menggunakan lebih daripada 2 kad kredit. Sekiranya seseorang memiliki 10 kad kredit, bermakna mereka kena bayar RM500 setahun (sebelum ini tidak perlu bayar satu sen pun).

Sebenarnya, memiliki 2 kad kredit sudah mencukupi. Lagipun memiliki lebih banyak kad kredit akan menambahkan lagi risiko bertambahnya jumlah hutang. Ini kerana memang sifat manusia yang tidak begitu berdisiplin.


Mengikut Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Andul Rahman, pada akhir tahun 2008 terdapat sebanyak RM23 bilion hutang tertunggak yang membabitkan penggunaan kad kredit. Beliau juga berjata 50% daripada pengguna kad kredit yang telah diistiharkan muflis berumur di bawah 30 tahun.

Manakala Pengurus Besar Kewangan dan Pentadbiran Agensi Kaunseling dan Pengurusa Kredit (AKPK), encik Azman Hasim pula berkata, kira-kira 70% daripada 30,000 pelanggang yang mendapatkan perkhidmatan pengstrukturan semula hutang di agensi tersebut memiliki lebih daripada satu kad kredit. Beliau selanjutnya berkata "Mengikut statistik kami, ramai yang menghadapi masalah hutang selepas memiliki purata lima kad kredit".

Daripada maklumat di atas, kita sepatutnya mengambil pengajaran. Sebenarnya bukan salah memiliki kad kredit - dari satu segi, ianya memang mempunyai kebaikan tertentu sekiranya kita bijak menggunakannya. Yang menjadi masalah ialah apabila kita menyalahgunakan kad tersebut. Kita sepatutnya tahu di mana kedudukan kewangan kita dan berbelanjalah mengikut kemampuan masing-masing. Jangan pula kita mengikuti perpatah "Biar papa asalkan bergaya". Perpatah tersebut memang tidak berguna sama sekali untuk diamalkan kerana ianya akan memakan diri sendiri.


Dipetik agensizaman.blogspot.com. "

Daripada artikel di atas , masalah beban bermula apabila seseorang mempunyai lebih 5 kad kredit pada satu- satu masa. Satu atau dua tiada masalah sebab had limit mungkin dalam RM10,000 sahaja. Jika memiliki 5 kad kredit maka 5 x Rm5,000, ini bermakna maksima yang boleh hutang telah menjangkau sehingga RM25,000. Tidak hairanlah mengapa orang pening kepala apabila terpaksa membayar hutang sebegitu banyak dengan faedah caj 18% setahun termasuklah dengan faedah caj berganda, caj lewat bayar dan sebagainya. Ini belum lagi dengan hutang pinjaman kereta/rumah/peribadi dengan bank.

Tidak salah menggunakan kad kredit, yang salah adalah cara penggunaan yang tidak betul. Memang tidak dinafikan manusia tidak terlepas dari hawa nafsu berbelanja termasuklah penulis sendiri!. Bagi mengelakkan perbelanjaan tanpa batasan ini, satu cara adalah dengan mengurangkan kepada satu atau dua kad kredit sahaja, dan sewajibnya gunakan kad kredit dari perbankan islam kerana ia bebas dari caj berganda dan bebas dari sistem riba. Mungkin orang berkata kad kredit konvensional menawarkan banyak poin yang boleh ditebus dengan hadiah, namun ianya masih datang dari SISTEM RIBA!. Oleh itu tepuk dada tanya hati !

1 comment:

  1. The CasinoTower - €200 + 25 FS Bonus | CasinoTower
    The CasinoTower Casino online betting site. Review. 100% up to 피망 슬롯 머신 €200 wall street bets + 25 FS. 포커족보 100% 365 벳 up to €200 + 25 FS. 실시간 배당 Promo Code.

    ReplyDelete